03 January 2014

A Start Of Something New



Assalamualaikum

Alhamdulillah my first post for 2014. Ada juga banyak benda yang dah buat sebelum ni. Firstly nak brag, brag lol padahal pmr je pun.. Alhamdulillah berkat doa ibu ayah, guru, I managed to get straight A's for PMR 2013. Masa naik atas pentas ambil result tu rasa macam omg omg omg hahaha punya la tak percaya sebab beberapa reasons.

Firstly, aku target 6A2B je, ye la mana tak nya paper khb aku jawab macam tutup dua-dua mata, balik rumah check jawapan punya la banyak salah, masa tu memang dah dapat terima dah yang aku memang takkan dapat straight A's. Math paper 2 pula, punya la bengong hahaha sekarang fikir balik bolehla gelak huahuahua. Aku jawab 1 soalan sampai 2 jawapan, tu la sebab lupa nak guna method macam mana, jawapan dua-dua method pula lain, last sekali tembak je la dengan dua-dua jawapan. Okay yang ni yang paling sedih, English paper 2 aku masa tinggal lagi 15 minit baru mula buat literature. Punya la tangan bergetar-getar jawab summary sampai nangis-nangis. Haih tragedy betul. Secondly, aku selalu rasa macam banyak mana usaha kita banyak tu la yang kita akan dapat. Hmm, tapi aku ni kerja balik sekolah tidur sampai terlepas tuisyen, masa kelas bm mula la aku nak buat kelas seni aku lukis segala fashion baju heheh. Lastly, selama exam tak pernah lansung dapat 5A huhu.

Apapun bersyukur dekat Allah sebab dapat tengok ayah ibu senyum masa hari D-Day tu. Insya-Allah pada masa depan aku mungkin boleh balas balik jasa ayah ibu. Okay aku rasa mungkin tahun ni akan jadi tahun kegelapan aku balik kot sebab semua orang cakap form 4 susah, apa lagi aku ambil aliran science huish macam aku sorang je yang ambil aliran science. Yelah tapi nanti jawab spm aku sorang-sorang juga (cakap macam orang gila). Rabu lepas ada perjumpaan budak form 3 2013, masa tu masa paling genting sebab taktahu nak pilih elektif apa, last-last aku ambil Teknologi Maklumat Komunikasi (TMK). Harini rasa menyesal pula sebab kalau boleh ambil 9 subjek pun tak pa. Haish..

2 hari sekolah ada orientasi tingkatan 4. Okay yang ni memang okay kot sebab at least kami tak dapat kelas lagi and still boleh duduk dengan kawan-kawan tercinta heheh. Hari khamis tu punya la paksa diri datang sekolah semata-mata nak tengok kelas untuk form 4 last-last habuk pun takda. Cikgu kata semua hari ahad nanti, buku teks, kelas, organisasi kelas and others. Haih such a pain in the ass. Dah la buku teks form 4 berat-berat and siap ada dua pula tu, BM and BI version.

Risau sebenarnya nak dapat kelas baru cause frankly speaking, aku memang susah nak bercampur dengan orang bukan susah cuma ambil masa yang lama *flip hair* maybe nanti nak spm baru aku rapat dengan classmate baru LOL. Tapi takpa kut sebab banyak classmates aku ambil TMK sama dengan aku so maybe ada at least seorang classmate yang akan satu kelas dengan aku. Apapun wish the best for my luck in my form 4 life huhu.




Thank you!
xoxo ♥

see next time, k bai

1 comment:

Nurina Izzati said...

good luck in your form4 life dear.. :)