14 November 2014

Updating on my life

Assalamualaikum, fuyoo lamanya aku tak update blog. Last update masa awal tahun, ye la awal tahun siapa yang tak semangat kan nak mula kehidupan baru *kononnya*. I guess I just too caught up with the world sampai lupa nak tulis diary and tulis blog. uhuk uhuk, i'm not in a good shape, sebab akhir2 ni selalu hujan, aku dapat la virus selsema, hate it sighh.

Anyway talking about updating my life, my life has been worse through out this year. I mean things have gotten hard. Form 4 life is so messed up. Tahun dah nak habis, minggu depan last week sekolah for this year. I don't know what I have learnt this year. I mean, chemist, bio and physic just wth have I learnt :< FML. The embarrassing part is I am below average. I'm so stupid like seriously. Watch too many kdramas and I sleep too much i guess. I don't know if will get back on the right track, next year spm kot. I have no one else but myself to blame. My family condition is not so good also, we are having our hard time. So many hardship. My friends drifting away from me. My best friends, just too far away from me, my close friends at school got their own stuffs to do and me, just trying to fit in the form 4 life. And the worst thing is I just so disappointed of myself. Tak rajin pegang al-quran, solat pun tak khusyuk and i'm doing the bad things over and over. Apa nak jadi bila besar nanti. SPM tahun depan and apa yang akan aku buat bila finals yang baru lepas haritu pun aku macam blank semacam.



Aku cerita macam teruk sangat je hidup aku ni kan. Actually tahun ni takde la teruk sangat sebab aku macam banyak libatkan diri aku dengan activity social. Nak jadikan cerita, aku upload gambar je la.


Our trip to batu ferringhi, seriously the most enjoyable trip! Cikgu semua sporting je, kami macam relax je masa trip ni. 


Choral Speaking district level, walaupun national level kami tak menang kan :'( Dapat juga la aku yang pemalas ni dapat sijil hihi. Teringat pula bila kena practice jumaat, sabtu. Practice yang main-main haha, last minute baru nak practice betul-betul.


Our 2nd trip to ipoh, walaupun mandi tak puas hehe. This one is quite memorable actually, cuma dalia demam so tak jadi pergi and una yang takut nak tinggalkan mak dia, so tak jadi pergi juga haha. Last2 tinggal kami trio je la haha.


Log off nite, konon-kononnya macam prom night macam dalam american movies haha. Cuma yang bezanya, yang ni khas untuk perempuan. Pergi semata-mata nak makan je hehe. Actually, benda macam ni tak bagus pun sebab semua lawa sangat, insecure I :<


4sc9 drama competition. Yang ni serious nak tergelak, practice macam tah apa-apa, last sekali semua macam bantai je hehe. Eventho tak menang kan haha, we just enjoyed ourselves~

This is all i guess, to sum up my form 4 life. Banyak lagi benda personal yang aku tak boleh nak cerita, but overall my 2014 life is so bad. InsyaAllah, nanti kalau aku rajin aku update about my 4sc9 family yang semua sporting hehe. toodles~

Thank You!
xoxo ♥



see next time, k bai

03 January 2014

A Start Of Something New



Assalamualaikum

Alhamdulillah my first post for 2014. Ada juga banyak benda yang dah buat sebelum ni. Firstly nak brag, brag lol padahal pmr je pun.. Alhamdulillah berkat doa ibu ayah, guru, I managed to get straight A's for PMR 2013. Masa naik atas pentas ambil result tu rasa macam omg omg omg hahaha punya la tak percaya sebab beberapa reasons.

Firstly, aku target 6A2B je, ye la mana tak nya paper khb aku jawab macam tutup dua-dua mata, balik rumah check jawapan punya la banyak salah, masa tu memang dah dapat terima dah yang aku memang takkan dapat straight A's. Math paper 2 pula, punya la bengong hahaha sekarang fikir balik bolehla gelak huahuahua. Aku jawab 1 soalan sampai 2 jawapan, tu la sebab lupa nak guna method macam mana, jawapan dua-dua method pula lain, last sekali tembak je la dengan dua-dua jawapan. Okay yang ni yang paling sedih, English paper 2 aku masa tinggal lagi 15 minit baru mula buat literature. Punya la tangan bergetar-getar jawab summary sampai nangis-nangis. Haih tragedy betul. Secondly, aku selalu rasa macam banyak mana usaha kita banyak tu la yang kita akan dapat. Hmm, tapi aku ni kerja balik sekolah tidur sampai terlepas tuisyen, masa kelas bm mula la aku nak buat kelas seni aku lukis segala fashion baju heheh. Lastly, selama exam tak pernah lansung dapat 5A huhu.

Apapun bersyukur dekat Allah sebab dapat tengok ayah ibu senyum masa hari D-Day tu. Insya-Allah pada masa depan aku mungkin boleh balas balik jasa ayah ibu. Okay aku rasa mungkin tahun ni akan jadi tahun kegelapan aku balik kot sebab semua orang cakap form 4 susah, apa lagi aku ambil aliran science huish macam aku sorang je yang ambil aliran science. Yelah tapi nanti jawab spm aku sorang-sorang juga (cakap macam orang gila). Rabu lepas ada perjumpaan budak form 3 2013, masa tu masa paling genting sebab taktahu nak pilih elektif apa, last-last aku ambil Teknologi Maklumat Komunikasi (TMK). Harini rasa menyesal pula sebab kalau boleh ambil 9 subjek pun tak pa. Haish..

2 hari sekolah ada orientasi tingkatan 4. Okay yang ni memang okay kot sebab at least kami tak dapat kelas lagi and still boleh duduk dengan kawan-kawan tercinta heheh. Hari khamis tu punya la paksa diri datang sekolah semata-mata nak tengok kelas untuk form 4 last-last habuk pun takda. Cikgu kata semua hari ahad nanti, buku teks, kelas, organisasi kelas and others. Haih such a pain in the ass. Dah la buku teks form 4 berat-berat and siap ada dua pula tu, BM and BI version.

Risau sebenarnya nak dapat kelas baru cause frankly speaking, aku memang susah nak bercampur dengan orang bukan susah cuma ambil masa yang lama *flip hair* maybe nanti nak spm baru aku rapat dengan classmate baru LOL. Tapi takpa kut sebab banyak classmates aku ambil TMK sama dengan aku so maybe ada at least seorang classmate yang akan satu kelas dengan aku. Apapun wish the best for my luck in my form 4 life huhu.




Thank you!
xoxo ♥

see next time, k bai