Assalamualaikum
Harini hari sabtu and macam biasa aku bangun lambat. Aku dah plan nak buat egg tart tapi sampai sekarang belum ketersampaian.. sedihnya, padahal sebab buttercup tak beli lagi je pun. Dekat rumah memang takada apa nak buat, setiap hari pandang laptop, bila rasa lifeless turun bawah tapi bila buka tv takda cerita best naik atas balik, bosannya T.T Bangun pukul 11, lepas makan, buka laptop, tengok-tengok dah malam balik, cepat je masa berlalu. Tapi aku rasa lagi bagus hidup macam ni daripada hidup hectic sangat dengan nak fikir pasal pmr, tuisyen, homework, cikgu. Senang cakap, sebosan-bosan kehidupan sekarang, ini lebih baik meh.
This is pratically after last exam 2011. oh how I miss this moment ♥
Masa tu dah habis PMR and everything is very enjoyable and fun. Masa 2012 pun aku ingat lagi cuma takda gambar je, masa tu kena stay dekat makmal baru dekat dengan kantin. Setiap hari ada je cerita hantu yang kami 1A7 kongsi, pastu duk main jawab soalan guna paip air yang boleh pusing-pusing.
Memori lama...
2013 macam mana pula? Setiap hari nak datang sekolah punya la malas, kalau ada pon sebab kawan suruh datang and nanti bila dah datang mula la menyesal, nak balik awal la. Ingat lagi sebelum PMR, bincang dengan classmates segala fun activity yang kami nak buat lepas habis PMR, tengok-tengok sekarang apa pun takada, lagi seminggu sekolah dah nak habis *cry a river*
Ni semua sebab cikgu buat pogram yang aku tak restui hahah, macam perlu sangat restu aku. Cikgu bahagi ikut kumpulan and aku dengan Una. Aku rasa semua benda tu ridiculous, hmm entah la maybe cikgu nak bagi dapat kawan baru kot, tapi aku still rasa hari-hari akhir persekolahan patut ada kebebasan dengan rakan-rakan rapat. Dah la tahun depan mesti kelas lain-lain, tu belum lagi kawan-kawan yang nak pindah sekolah. Masa lepas UPSR dulu, cikgu buat juga pogram-pogram macam Badlishah buat tapi takde la kena ada kumpulan-kumpulan ni -.-
Tapi sebenarnya takda la useless sangat aktiviti yang cikgu buat ni macam contohnya haritu ada hari karnival, and jamuan kelas. Memang jadi memori gila kot sebab still dapat duduk dengan kawan-kawan rapat ♥
zulaika yang sangat cool gitu haha.
Dia ni pembelot baik haha sebab tolong masak untuk kelas kami padahal dia kelas lain, cewah padahal tak dapat upah pon walaupun dia claim upah 20 ringgit hahah.
we have worked hard this year ♥
ps: all this picture credit to our class president, Farrah Wahida
Thank You,
xoxo ♥